♥ Allah!
♥ Ya ALlah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau mencipta-kanku, aku hamba-Mu dan ikrar pada-Mu semampuku... Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmat-Mu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau..amin ya Robb...♥
Sunday, May 20, 2012
PRODUK TERKINI SERBAMAKNENEK ONLINE SHOPPE
Thursday, May 17, 2012
.::.Launching of: SERBAMAKNENEK ONLINE SHOPPE.::.
" Setiap hukum yang Allah tetapkan untuk dilaksanakan oleh manusia mengandungi maqasid yang tujuan besarnya ialah untuk kebaikan atau kemaslahatan manusia itu sendiri. Kemaslahatan itu dicapai apabila semua hukum, undang-undang, arahan atau larangan Allah itu dilaksanakan yang semuanya mengandungi manfaat untuk manusia. Ia juga pada masa yang sama menolak atau mengangkat kemudharatan daripada manusia.
Maqasid Syariah dibahagi kepada tiga. Dharuriyyat (keperluan atau hak asasi), Hajiyat (keperluan atau hajat manusia) dan tahsiniyyat (maslahat dari aspek adat dan kesempurnaan akhlak). Dharuriyyat adalah maslahah atau kebaikan yang yang mesti dipenuhi untuk menegakkan kemaslahatan agama dan dunia. Hajiyat pula bertujuan untuk menghilangkan kesempitan yang bolehmenyusahkan manusia. Tahsiniyat adalah bersifat penyempurna. " -http://pemuda.pas.org.my/index.php
Moga-moga kedai online kami yang baru bertapak ini dapat berkembang maju dan paling penting sentiasa dalam redhoNya...
Thursday, May 10, 2012
PROTON WIRA UNTUK DIJUAL...
PAM SUSU ELEKTRIK SPECTRA3 UNTUK DIJUAL...
SOLD TO
PN. WASILAH, TERENGGANU
Tq for shopping with us:)
Tuesday, May 8, 2012
.::.Islamic Work Art: DOA PENGASIH.::.
Wednesday, May 2, 2012
Beza antara Campak Besar dan Campak Kecil
- Mandikan anak sekerap yang boleh (bagi mengelakkan suhu badan meningkat dengan mendadak)
- Mandikan anak dengan daun semambu (bagi mengurangkan gatal-gatal pada badannya)
- Menyusukan dan beri anak minum air masak dengan lebih kerap (bagi membantu suhu badan turun dan antibody ibu turut sama melawan virus dalam badan anak.
- Menyapu badan anak dengan Calamine Cream selepas mandi (bagi mengurangkan gatal-gatal)
- Mengalihkan perhatian anak daripada penyakitnya, dengan kerap membawanya keluar berjalan dan bermain-main dengannya.
- Mengelakkan terkena hujan (dikhuatiri dengan izinNya parut lambat hilang jika terkena hujan)
- Ambil MC ler bagi ibu2 bagi menjaga anak dalam masa 2 minggu kerana jangkitan virus aktif merebak dan boleh berjangkit dalam masa 2 minggu.
- Vaksin juga boleh didapati untuk mengelak jangkitan Chicken pox. (dalam kes Solah, tak sempat nak dapat vaksin lagi sebab vaksin untuk campak hanya akan diberikan pada usia bayi 12 bulan keatas...)
http://118.102.132.147/cvn/pages/cvn/sp_vr/viral_info/rash/HTML/measles.htm
Sunday, April 29, 2012
Monday, April 23, 2012
.::. Allah Sentiasa Bersamamu.::.
Sunday, March 25, 2012
.::.kATA KaTA Ustaz Azhar Idrus.::.
.::.credit to: my beloved sister: Amawek...thnx for sharing!
Tuesday, March 6, 2012
DARI MASJID KE BLOG (SIRI 4)

Assalamualaikum...
Islam di Tanah Melayu...
memetik kata2 Prof. Dato Dr Yusof Othman pada Konvensyen Pendidikan Islam Kebangsaan 2012 di Kangar Perlis pada minggu lepas:
Islam telah sampai ke Tanah Melayu kira-kira 1000 tahun yang lalu melalui bukti penemuan batu bersurat yg berusia lingkungan 1000 tahun di Kedah dan Terengganu. Islam telah tersebar dengan meluasnya dan Tanah Melayu dikenali serata dunia sehingga ramai pelayar-pelayar antarabangsa yang pernah berlabuh di Pelabuhan Melaka. Laksamana Cheng Ho antara yang menjadikan Pelabuhan Melaka singgahan tetap ketika dalam perjalanan menunaikan Haji di Mekah (sebanyak 7kali).
Sistem pendidikan di Tanah Melayu pula menggunakan sistem pondok yg mana silibus utama pelajaran adalah kitab2 arab dan jawi lama. Umat Islam di Tanah Melayu ketika itu sangat hebat dalam penguasaan ilmu2 Agama Islam. Bahkan sesiapa yg pergi ke Mekah menunaikan ibadah Haji ketika itu bukanlah pergi 'Haji' semata2, tetapi akan berguru dengan ulama'-ulama' dan sheikh-sheikh sehingga mendapat 'ijazah' dari guru mereka itu. Dan apabila balik ke Tanah Melayu ilmu2 itu akan diajarkan pula pada masyarakat setempat.
Berita kehebatan Tanah Melayu yang terkenal dgn kekuatan agama Islam dan kepesatan aktiviti perdagangan sampai juga kesebelah Barat melalui catatan2 pelayar yg pernah berlabuh di sini. Akhirnya penjajah mula datang ke Tanah Melayu kononnya dgn niat melakukan aktiviti perdagangan namun disamping itu mereka juga mula menyebarkan kristianisasi. penjajah pertama barat (saya xingat nama) yg sampai ke Tanah Melayu ketika itu yg kononnya datang utk berdagang, sebelum sempat menjejakkan kaki ke bumi Tanah Melayu dia telah mencampakkan lambang salib ke pantai (dgn niat mahu menyebarkan kristian d Tanah Melayu).
bermula saat itu, Tanah Melayu mula dijajah perlahan2 dan wujudlah sistem pendidikan dan sebagainya. hasilnya kita lihat pada hari ini dalam sistem pendidikan negara, tiada lagi keutamaan diberikan kpd kitab2 arab dan jawi lama seperti di awal kedatangan Islam ke Tanah Melayu 1000 tahun dahulu. sebaliknya akademik (ilmu dunia) diagung2kan sehingga org Islam di Malaysia lupa keutamaan mempelajari ilmu Islam itu sendiri.
*moral drpd kata-kata prof di atas, suatu ketika di Tanah Melayu sgt terkenal dgn kehebatan Islam. namun penjajah barat telah berjaya membuatkan Islam di Tanah Melayu semakin lemah dan lemah sehingga hari ini org sudah menjadi asing dgn ilmu2 Islam. ayuh kita kembalikan keagungan Islam di Tanah Melayu (Malaysia) tercinta ini.
Wednesday, February 29, 2012
DARI MASJID KE BLOG (SIRI 3)

TAJUK: API NERAKA DITURUNKAN KE DUNIA...
ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, ahli-ahli keluarga Baginda, para Sahabat, Tabi'in, a'lim ulama, seterusnya muslimin dan muslimat sekalian. Syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaan-NYA yg tidak ternilai terutamanya nikmat Iman dan Islam. Pada hari ini ingin saya kongsikan ilmu yg saya perolehi pada kuliah Maghrib yg saya hadiri malam semalam. semoga ianya bermanfaat buat kita semua.
Peristiwa semasa Malaikat Jibril (diperintahkan Allah) pergi meminta api neraka kepada Malaikat Malik untuk diberikan kepada Nabi Adam di dunia...
Malaikat Jibril: Allah memerintahkan aku mengambil api neraka untuk diserahkan kepada Nabi Adam di dunia..
... Malaikat Malik: berapa banyak yg kau mahu??
Malaikat Jibril: berikanlah kepadaku api neraka sebesar sebiji tamar..
... Malaikat Malik: jika aku serahkan api neraka sebesar sebiji tamar untuk kau bawa ke dunia, nescaya akan hancur dan musnah binasalah segala langit dan bumi...
Malaikat Jibril: kalau begitu berikanlah api neraka sebesar separuh dari sebiji tamar untuk aku serahkan kepada Nabi Adam..
... Malaikat Malik: jika aku serahkan api neraka sebesar separuh dari sebiji tamar untuk kau bawa ke dunia, nescaya tidak akan ada air(hujan) yg akan turun dari langit dan tidak akan ada tumbuhan yg tumbuh atas bumi...
lalu Allah pun memerintahkan Malaikat Jibril mengambil api neraka sebesar zarah sahaja untuk dibawa ke dunia bagi kegunaan manusia. Api neraka sebesar zarah dibawa Malaikat Jibril dan dimasukkan (dibasuh) kedalam 70 lautan (ada yg cakap sungai) sebelum diletakkan di atas sebuah gunung yang paling besar atas muka bumi ini (atas perintah Allah). maka gunung yg besar itu pun hancur lebur dek kepanasan api neraka tersebut, subhanallah...
selepas beberapa ketika Malaikat Jibril pun membawa kembali api neraka sebesar zarah tersebut dan dipulangkan ke neraka. maka apa yang tertinggal didunia (tempias kehadiran api neraka kedunia ini@ asap api neraka) itulah yg manusia gunakan sejak zaman Nabi Adam sehinggalah kiamat kelak.
Allahu Akbar...betapa panas dan ganasnya azab api neraka itu...
jauhkanlah diri kita daripad neraka yg didalamnya terdapat azab yg maha dahsyat...
Saturday, February 25, 2012
DARI MASJID KE BLOG (SIRI 2)

TAJUK: JANGAN BERKIRA DENGAN ALLAH
ASSALAMU'ALAIKUM....
Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, ahli-ahli keluarga Baginda, para Sahabat, Tabi'in, a'lim ulama, seterusnya muslimin dan muslimat sekalian. Syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaan-NYA yg tidak ternilai terutamanya nikmat Iman dan Islam.
NIKMAT ALLAH TIDAK TERKIRA...
SubhanAllah, sedar atau tidak dalam kehidupan seharian kita mendapat begitu banyak kurniaan dari Allah. Nikmat kesihatan tubuh badan, nikmat penglihatan, nikmat pendengaran, nikmat boleh berjalan, nikmat tangan, nikmat kewarasan dan banyak lagi nikmat-nikmat Allah yang tidak terhitung nilainya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah tidak pernah berkira dengan manusia, semuanya dapat merasa nikmat-NYA. Cuma yang membezakan sama ada banyak atau sedikit nikmat Allah yg diperolehi manusia. Namun itu bukan persoalannya, apa yang lebih penting sejauh manakah kita bersyukur dengan nikmat-nikmat kurniaan Allah tersebut??! Tepuk dada tanyalah iman...
BERSYUKUR KEPADA ALLAH...
Alhamdulillah... ucapan kesyukuran yang dipanjatkan ke hadrat Ilahi apabila kita merasai nikmat-nikmatNYA. Hendaklah kita sentiasa bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yg dikecapi tanpa mengira banyak atau sedikit. Selain mengucapkan syukur, kita juga hendaklah memperbanyakkan amal ibadat kerana Allah. Jangan kita menjadi manusia yang berkira dengan Allah kerana Allah tidak sesekali berkira dengan kita. Banyakkanlah berzikir dalam hidup seharian (terutamanya selepas solat fardu), ringankan tangan untuk bersedekah, ikhlaskan hati membayar zakat, korbankan keselesaan tidur malam untuk bertahajjud (dan banyak lagi amal ibadat yang boleh kita lakukan sebagai tanda syukur kepada Allah).
SEANDAINYA ALLAH BERKIRA DENGAN KITA...
Maha Suci Allah, seandainya Allah berkira dengan makhluk-makhlukNYA?!! Tiada apa lagi dapat dikata, nescaya kita semua tidak mampu untuk membeli nikmat-nikmat Allah. Memetik kata2 Ustaz, "mujurlah Allah tidak ciptakan dosa itu berbau busuk, jika tidak nescaya busuk-sebusuknyalah badan kita yang penuh dgn dosa dan noda". Ayuh sama-sama kita renung dan ambil pengajaran.
-beramal kerana Allah-
25 Febuari 2012
Tuesday, February 21, 2012
JOM BELI BUKU ONLINE!
Wednesday, February 15, 2012
~Anak pengarah filem Oscar peluk Islam di Iran~
Thursday, January 19, 2012
SUSU LEMBU vs SUSU IBU
" TUNAIKAN HAK BAYI ANDA!!!!!!
kepada para ibu yg baru menimang cahaya mata, jangan lupa tunaikan hak bayi anda... ye, pandai pun... susu badan... kepada para suami pula, sokonglah isteri anda utk menyusukan bayi anda dgn susu badan hingga bayi anda besar :) xkan kita nak bagi susu formula sedangkan ALLAH hantar bayi kpd kita bersama susunya...
ZALIM kalau kita meletakkan sesuatu pada yg bukan tempatnya bukan??!!! pikir2kan :)
SUSU XDE!! SUSU KERING!! BABY KUAT ISAP SUSU LA...
jangan cepat mengalah... setiap kesulitan pasti ada penyelesaiannya... yg penting USAHA, DOA & TAWAKKAL kepada ALLAH tanpa erti jemu... (sebab tu pentingnya sokongan dari pihak suami). susu xde boleh diatasi dgn;
i- mengurut 'beg' susu
ii-cari ilmu bagaimana merangsang kilang susu dlm badan ibu
iii-makan makanan yg merangsang pengeluaran susu (seperti kurma, horlick dll...)
iv-dapatkan tips dari org yg berpengalaman (mcm saya..hahahahaha)
AWASSSSSSSSS...!!!!!!
jauhi makan makanan yg boleh membantutkan penghasilan susu dalam badan ibu...
apakah jenis2 makanan tersebut??!!!! kene la tanya kat doctor...hehehe saya pon xtau. tapi maklumat terbaru yg saya dapat, PIL PERANCANG KELUARGA boleh menjadi punca kepada pengurangan susu pada si ibu "
Tuesday, January 3, 2012
My Little Solah
Monday, January 2, 2012
DARI MASJID KE BLOG (SIRI 1)
Saturday, May 21, 2011
Aku---Dia---Kamu---Kita---> Bertanggungjawab?

Bismillahirrahmanirrahim....
Bersyukur ke hadratNya kerana masih diberi ruang dan kesempatan untuk menukilkan secoret tinta di blog Cintaagungku ini....
Pengalaman daku yang secebis cuma ini diharapkan dapat dikongsi bersama kalian dan dijadikan manfaat kerana bagiku ianya sangat penting dalam pelayaran hidup seorang insan bergelar anak...
Masihkah kalian punya kedua ibu dan bapa disisi? Masih boleh menatap wajah mereka semenjak bagun daripada tidur hinggalah waktu beradu kembali tiba? Jika begitu, ucaplah hamdalah berkali-kali kepadaNya kerana kalian adalah insan terpilih, insan bertuah yang Dia anugerahkan nikmat mempunyai kedua orang tua disisi menemani langkah menongkah arus kehidupan...
Dikala diriku bakal bergelar seorang ibu, Daku sudah tiada seorang ibu disisi....ibuku telah pergi meninggalkanku 3 tahun yang lalu...sebelum sempat dia mengenali teman hidupku, ayah bagi anakku yang bakal dilahirkan tak lama lagi... kebelakangan ini, kenangan ibuku bertubi-tubi menjengah... ibu, apa khabar ibu di sana? Ku doakan ibu sentiasa dalam Rahmat dan PerlindunganNya...
Pengalamanku berjauhan dengan ibu buat selama-lamanya benar-benar menginsafkanku. Insan kerdil yang sering melukakan hatinya tika hidupnya. Dan kini pasrah atas segala ketentuanNya... segala dosa yang telah kulakukan pada ibuku dahulu tak mungkin dapat kutebus kembali... hanya doa dan linangan air mata menginsafi banyak khilafku padamu ibu!
Kini, pengalaman itu Dia hadirkan kembali... Namun kali ini, aku diuji untuk berjauhan dengan ayahku pula. Ayah, tanpanya siapalah aku di dunia ini. Ayahku sudah menginjak usia 60-an. Ya, sudah agak berusia... tapi Alhamdulillah, dia masih dikurniakan kekuatan dariNya dalam meniti hari-hari emasnya. Dia masih mampu menghantar se’bonet’ pisang dari Jerantut ke Kuantan semata-mata untuk kakakku... kerepek pisang sangat sinonim dengan kakakku yang seorang itu...kak mahJ Dan, ayah masih mampu ‘drive’ malam-malam semata-mata mahu menghantar ubat ‘asma’ buat kakakku yang lagi seorang...kak Ida namanya...Ayahku masih mampu bagun malam mendoakan kesejahteraan anak-anaknya.... lagi, ayahku masih mampu menekan punat talifon untuk menalifonku saban hari, hanya untuk bertanya khabar “Sihak Ko? Make Doh Ko” dikala dirinya entah makan atau belum...
Persoalannya, dimanakah aku apabila ayah memerlukanku? Dimana? Semenjak tamat tingkatan 5, aku telah diterima masuk ke kolej matrikulasi...kemudian, di Universiti...dan lagi sekarang daku telah bekerja dan berumahtangga, dan berada sangat jauh dari ayah...daku di Negeri Bawah Baju...dan ayah jauh di semenanjung...ohh, apakah yang boleh aku lakukan bagi menunaikan tanggungjawabku sebagai anak?
“Ayah tak pernah hiraukan aku adik-beradik semenjak kami kecil...perlu ke aku hiraukannya sekarang? Dia yang sepatutnya mempunyai tanggungjawab yang lebih ke atas kami...bukan aku”
Dialog inilah yang sering meniti di bibir anak-anak terhadap orang tua yang mengabaikan mereka.Tanpa mereka sedar bukan hanya orang tua mereka mempunyai tanggungjawab terhadap mereka tetapi dalam masa yang sama, mereka juga mempunyai tanggungjawab terhadap orang tua mereka. Wahai anak-anak di luar sana, tahukah kalian setiap makhluk di muka bumi ini akan dipersoalkan Allah S.W.T. terhadap apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka?
Si ayah akan dipersoalkan sejauhmana dia telah memenuhi hak isteri dan anak-anaknya... adakah terjaga makan, pakai, dan tempat tinggal keluarganya? Terhindarkah keluarganya daripada fitnah di sekeliling mereka? Cukupkah kasih saying yang dicurahkan bagi membentuk keluarga bahagia anjuran Islam? Cukupkah ilmu agama yang diberikannya buat anak dan isterinya bagi menghindarkan mereka dari lembah kemaksiatan akal dan jiwa?
Adakah hanya si ayah yang akan dipersoalkanNya kelak? Tidakkk! Tidak sama sekali...
Si ibu pula...telah lengkapkah penjaggannya pada anak-anaknya? Didikannya? Kasih sayangnya? Ketaatan dan Layanan buat suaminya?
Kini, tibalah pula bagi si anak... Duhai anak, tahukah kalian bahawa kita juga akan dipersoalkan atas apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita? Ya, adakah kita telah menjadi anak yang baik buat ibu dan ayah kita? Baik dari segi akhlaknya, dengan kata lain tidak pernah mengucapkan kata-kata kasar kepada orang tua kita, walaupun “ah”? bagi yang telah berhadapan dengan ibu dan ayah yang telah tua dan sakit serta perlukan penjaggan rapi... adakah anak-anak yang mengambil tugas tersebut? Menyalin lampin ibu atau ayah? Atau dibiarkan ayah/ ibu yang masih lagi sihat menguruskannya bersendirian? Ataupun yang telah mempunyai ibu-ayah yang telah berusia dalam jagaan mereka...sanggup membiarkan sahaja mereka di rumah mereka...berseorangan... makan, minum semua tidak pernah ditanyakan khabar si anak? Layakkah anak begini mengharapkan Redho Allah jika Redho Ibu-ayah pun masih jauh untuk dicapai?
Penulisan ini benar-benar seakan menguji diriku sendiri...naudzubillah....moga aku terlindung daripada menjadi anak derhaka yang tidak melaksanakan tanggungjawab kepada orang tuaku... Di kejauhan ini, hanya doa yang mampu kuhadiahkan buat insan bernama ibu dan ayahku...Moga ibu-ayah sentiasa dalam rahmatNya, diampunkan segala dosa....
Ayah, doakanku moga dapat pulang ke semenanjung ya, lebih kerap aku dapat pulang menjengukmu ayah!
Nukilan,
atulasca, keningau Sabah
22 Mei 2011
Sunday, April 3, 2011
.::.Jom Bercinta Halal!.::.

Assalamua`laikum... salam mahabbah buat teman teman yang masih sudi berkunjung ke teratak CA yang kian menyepi saban waktu ini...
ya Kan... semenjak aku berposting ke negeri bawah bayu, blog ini seakan sepi...sesepi diriku yang jauh di perantauan, jauh daripada keluarga tersayang...jauh daripada insan tercinta...Suamiku... iya, daku telahpun mendirikan rumahtangga...dengan insan terbaik pilihannya... dan posting kali ini ku dedikasikan khas buatnya...
Alhamdulillah, tanggal 6 Disember 2010 daku telah selamat diijabkabulkan bersama insan bernama Anis Firdaus bin Abd Majid, jodoh yang telah Dia titipkan buatku semenjak di Luh Mahfuz... majlis yang berlangsung dalam rona sederhana tetap dapat dirasa kemeriahannya... berkat hasil tangan keluargaku dan sahabat handai yang bertungkus-lumus memastikan semuanya berjalan lancar...Terima Kasih Keluargaku Tersayang! bermula majlis dengan lafaz ikrar keramat ijab dan qabul yang sempurna, Alhamdulillah... tiada kata-kata yang mampu kulafazkan tika itu....hamdalah berkali-kali pada Penciptaku dan dia, suamiku...kerana akhirnya kami telah sah menjadi pasangan suami isteri.....
Usai ijab dan qabul...paling daku tidak akan lupakaan saat dimana tangan yang selama ini kuharamkan menyentuh lelaki ajnabi, kini bersentuhan dengan tangan suamiku...Kami bersalaman... Dahiku dia cium... ku dapat rasakan padanya, ada getaran yang sama denganku... “Dia suamimu yang sah...taatinya hingga hujung nyawamu!” kata hatiku tika itu... InshaAllah abang...daku akan tetap mentaatimu sehingga hujung nyawaku selagi perintahmu selari dengan perintah Dia...Tuhan yang telah menyatukan kita dalam barokahNya ini....
Di meja pengantin, jurufoto kami, en.bazli sibuk menyuruh kami bersuap-suapan makan... apa yang masuk ke mulutku dikala itu kurasakan pahit sekali...langsung tiada selera... bukan kerana makanannya pahit, tetapi rasa malu yang masih menebal pabila menjadi bahan tontonan para tamu yang hadir... macam tak percaya...daku bersuap-suapan makan dengan seorang yang dulunya amat asing bagiku, dan kini menjadi paling rapat denganku...
~~~
Demi Dia yang Menciptakan... “maka nikmat Tuhanmu yang mana yang engkau dustakan”... Sedar tak sedar, 2 hari lagi genaplah empat bulan daku dan suami tercinta selamat diijabkabulkan... alhamdulillah... Hari-hari yang berlalu kurasakan begitu indah... sesungguhnya nikmat Iman dan Islam serta nikmat berumahtangga yang Dia kurniakan ini amat bermakna bagiku... si dia hadir tika diri ini betul-betul bersedia untuknya...
Perkenalan kami begitu singkat...ya, sehinggakan ada yang tidak yakin dengan keputusanku untuk menamatkan zaman bujang bersama “mr.right” pilihanku ini... bagiku tiada yang mustahil pabila “green light” sudah kuperolehi daripada Dia...tidak perlu bercinta bagai nak rak... ya, setelah beberapa siri istikharahku...aku yakin, dialah lelaki pilihanNya buatku...yang terbaik dalam menemani hidupku...memimpin tanganku menuju RedhoNya....padanya ada segala yang kucari selama ini...Dia ibarat permata yang sangat berharga di dasar lautan...aku sangat bersyukur dipertemukan dan dijodohkan dengannya...Thank You Allah!
Percintaan kami baru bermula...ya kami baru 4 bulan menjalinkan cinta...Cinta halal yang diberkatiNya...baru ku tahu beginilah cinta....indahnya pabila segalanya dalam redhoNya! Tak pecaya? Cubalah tahan diri untuk bercinta sebelum berkahwin....nescaya bunga-bunga bahagia akan terus mekar tanpa musim luruh pabila dah berkahwin kelak... kami bagaikan merpati dua sejoli yang selesa terbang bersama...hinggap di ranting yang sama...mencari makan bersama...semua selesa dilakukan bersama-sama...
Bunga-bunga cinta kami makin bersinar dan mekar dengan berita kehadiran “orang baru” dalam rahimku yang baru berusia 2 bulan... Sesungguhnya keperitan, kesusahan menahan perasaan ingin “disanyangi dan dicintai” sebelum berkahwin atau dengan kata lainnya “Bercinta” sangat sangat sangat memberikan kemanisan selepas ikatannya telah sah....
Akhir kalam, bercintalah dengan redhoNya bila semuanya telah halal ^_____^
~abang, ana uhibbuka fiLlah Abadan abada!~
~Doakan daku dapat kembali ke pangkuan suamiku tercinta ya...kerana kami kini berpisah di timur dan barat....daku di Sabah dan Si dia di Perlis...~
Nukilan,
atulasca, keningau Sabah ...3-4-2011
Sunday, October 3, 2010
~Nota Hati~
~Tuhan! pimpinlah langkahku yang makin longlai ini~
beratnya dosa...
berat terasa bahuku menggendong dosa berzaman ini...
masihkah ada sisa keampunanMu buatku?
masihkah ada hati-hati simpati yang dengan senyuman menunjukkan jalan?
atau hanya jelingan mata dan kata-kata hina yang layak dilemparkan padaku?
ohh Tuhan, walau seribu cercaan, hinaan yang hinggap padaku...
tidak mengapalah...
tidak mengapa...tidak mengapa...
aku sudah cukup Redho jika Engkau masih lagi sudi memandangku, memimpinku
kala yang lain menyisihkan~
atulasca,
03-10-10
Keningau, Sabah



































